Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui Jagaan Lanjutan.
Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu.
Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan- persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu.
OBJEKTIF
• Memastikan Warga Malaysia Mendapat Maklumat Bahaya Dadah
• Menyelamatkan Golongan Yang Terjebak Dadah Daripada Masalah Penagihan
• Memperkasakan Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan, Swasta Dan NGO Dalam Menangani Masalah Dadah Di Malaysia
VISI
Masyarakat Bebas Daripada Ancaman Dadah.
MISI PEMADAM Sebagai NGO Strategi Negara Dalam Membantu Melaksanakan Program Pencegahan Dadah Di Malaysia