Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau PEMADAM ditubuhkan di atas sokongan rakyat dan segala usaha yang dilaksanakan atas kepentingan rakyat. PEMADAM mengajak ke arah kebaikan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia menghargai kehidupan mereka dengan mengelakkan diri terjerumus dengan aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada diri, keluarga, bangsa dan agama. PEMADAM yakin apabila ahli masyarakat dan pemimpin di semua peringkat berada dalam satu landasan dan satu tujuan membebaskan Malaysia daripada masalah dadah akan tercapai.


PEMADAM ditubuhkan untuk melaksanakan program-program pencegahan dadah di negara kita. PEMADAM telah dilancarkan dengan rasminya pada 22 Mac 1976 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussien Onn, selaku Penaung PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM kemudiannya telah dipanjangkan ke Negeri Sabah dan mempunyai Jawatankuasa penuh pada 8 Febuari 1982.

 

©2024 PEMADAM SABAH PEMADAM SABAH