PROGRAM TABAH

Program TABAH ini memberi penekanan kepada masyarakat supaya mempraktikkan nilai murni khususnya pemimpin keluarga. Sikap Tegas, Amanah, Berani, Adil dan melahirkan suasana Harmoni. Manakala Program Kempen Sayangi Keluarga turut dilaksanakan agar kedua-dua program ini dapat bergabung untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan secara langsung akan membendung segala gejala sosial yang semakin mendesak anggota masyarakat.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Mendidik dan memotivasikan ibu bapa supaya membimbing anak-anak mereka untuk menjadi cemerlang dalam pendidikan dan membina jati diri.

  • Untuk memastikan penyalahgunaan DADAH dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya ibu bapa tentang kepentingan pendidikan dalam keluarga untuk merubah kehidupan dan mencegah anak-anak daripada terlibat dengan gejala sosial seperti ketagihan dadah dan gam.

©2024 PEMADAM SABAH PEMADAM SABAH