PROGRAM IMAN

(ILMU MAJU AKTIF NEKAD)

Apa itu Program IMAN?

Program IMAN atau dikenali sebagai Ilmu Maju Aktif Nekad, merupakan Program teras PEMADAM Negeri Sabah yang memfokus kepada golongan pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahayanya Dadah.

Rasional Program ini adalah untuk memastikan pelajar sekolah mendapat pendedahan awal tentang Dadah sekaligus menjadi panduan kepada mereka agar tidak mudah dijadikan sebagai “keldai Dadah” dan seumpamanya.

Pelbagai aktiviti pertandingan dianjurkan kepada pelajar seperti pertandingan melukis poster Dadah,bersajak dan sebagainya untuk mengasah bakat pelajar dan secara tidak langsung memberi pendedahan tentang dadah kepada pelajar.

© All Rights Reserved.

©2024 PEMADAM SABAH PEMADAM SABAH