Program DAMAI atau “Dadah Akan Musnahkan Akal dan Iman” merupakan antara program teras PEMADAM Negeri Sabah yang mana sasarannya memfokuskan kepada golongan Pemimpin Masyarakat, Komuniti dan belia.
Program ini dilaksanakan melalui alternatif Program Ceramah kesedaran tentang penyalahgunaan Dadah dan kesan-kesannya. Program ini memainkan peranan yang penting kerana ia berfungsi sebagai perkongsian ilmu pengetahuan kepada orang awam sekaligus menjadi panduan kepada mereka dalam menjalani kehidupan.
Pelbagai pameran juga diadakan sewaktu program yang melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan bagi memeriahkan suasana program sekaligus memberi peluang kepada orang-orang awam untuk melawat di booth yang disediakan. Dalam masa yang sama, aktiviti jualan rahmah juga diadakan khas untuk penduduk setempat di kawasan program dijalankan bagi meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan harian mereka.