Selamat datang selamat melayari Laman Web PEMADAM Negeri Sabah. Pengwujudan laman web ini adalah langkah yang positif untuk menyebarkan peranan dan fungsi PEMADAM kepada umum. Dengan adanya kemudahan seumpama ini, dan selaras dengan era dunia ICT, orang ramai akan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai info PEMADAM Negeri Sabah dan juga program-program yang akan dan telah dianjurkan oleh PEMADAM
Selaras dengan Visi PEMADAM iaitu Mewujudkan Masyarakat Bebas Daripada Ancaman Dadah, adalah diharapkan agar Laman Web PEMADAM ini dapat memberi maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah kepada semua pengguna tentang info yang boleh dilayari dengan mudah termasuklah program-program yang dilaksanakan.
Akhir kata, saya berharap agar Laman Web PEMADAM Negari Sabah akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa agar masyarakat umum terutama sekali golongan remaja, pelajar akan sentiasa melayari laman web ini.
Sekian, terima kasih.
YB. DATUK JAMES RATIB Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah.