Kuala Lumpur: Kes pengedaran dan penagihan dadah dalam kalangan remaja di negara ketika ini, amat membimbangkan apabila seramai 76 remaja ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Op Tapis Khas dijalankan pada Jumaat hingga Ahad lalu.
Kesemua remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun itu antara 5,200 pengedar dan penagih yang ditahan dalam serbuan di 367 sarang penagihan dadah di seluruh negara.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah seberat 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter bernilai RM3.58 juta.
“Dalam operasi itu, kita tahan 76 remaja dengan lapan daripada mereka masih bersekolah dengan dua daripadanya baru berusia 13 tahun, malah ada antaranya yang sudah menjadi tokan.
 
                                                                     
                        		                    ![76 remaja ditahan, dadah bernilai RM3.58 juta dirampas [METROTV]](https://pemadamsabah.org/wp-content/uploads/2024/03/narkotik25-o_HMfield_image_socialmedia.var_1643100151.jpg) 
							![76 remaja ditahan, dadah bernilai RM3.58 juta dirampas [METROTV]](https://pemadamsabah.org/wp-content/uploads/2023/12/2462245-90x60.jpg)
![76 remaja ditahan, dadah bernilai RM3.58 juta dirampas [METROTV]](https://pemadamsabah.org/wp-content/uploads/2024/03/20240307_114911-scaled-1-90x60.webp)